MERDEKA!
bulan lapan
Lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari yang bahagia
Sambut dengan
jiwa yang
MERDEKA!!!!
Assalamualaikum and salam merdeka buat Rakyat Malaysia! Tahun ni agak berlainan dan sangat istimewa sebab lepas habis je closing ceremony Sukan SEA kali ke 29 kita terus sambut merdeka yang ke-60. Lepas je merdeka terus raya haji.
Masha Allah, 3 peristiwa yang sangat penting dan istimewa lagi-lagi hari Isnin (4.9.17) cuti kan. Seronok laa kitaaaa.
Sedar tak sedar, dah 60 tahun merdeka. 60 tahun negara kita bebas daripada cengkaman penjajah. 60 tahun kita mentadbir negara dengan kredibiliti dan keupayaan sendiri, 60 kali Jalur Gemilang dikibarkan.
Okay okay, entry kali ni aku taknak cerita pasal sejarah kemerdekaan kita, Apa peristiwa-peristiwanya. Kali ni aku nak kupas tentang isu kemerdekaan. Tenang. Aku bukan nak bangkitkan isu politik ya hahaha luar bidang aku tu.
Aku nak cerita pasal merdeka kah kita? 60 tahun Malaysia dah merdeka tapi Merdeka kah Rakyatnya?
Bagi aku ada certain things yang kita semua tak merdeka lagi. Aku harap dengan tema tahun ni Bangkit Bersama, kita semua bangkit menuju kemerdekaan yang sebenar.
So here goes the list yang kita masih tak merdeka:
- SAMPAH
Part ni aku rasa kita semua aware. Rakyat kita ni ada satu persepsi di mana kalau nampak sampah takmoh tolong kutipkan.
Apa yang kita akan cakap? Kita akan cakap "Apa guna ada makcik cleaner kalau aku kutip". OPSS persepsi ini harus dihentikan segera.
Memang kita ada makcik cleaner tapi korang, tu kan common sense. Kenapa malu nak buat baik? Tak luak mana pon korang tolong angkat sampah tu, siap dapat pahala kot hah.
Lagi satu perangai orang malaysia ni, suka buang sampah merata-rata or lagi ditegah jangan buang merata, lagi dibuat. Ini menunjukkan bertapa tak matangnya kita ni, tak merdeka lagi dari sudut kebersihan.
Aku rasa ramai takkan buat perangai tak senonoh ni kat rumah sebab takut kena bebel ngan mak ayah. Why not praktikkan time kat luar jugak. Buang sampah kat tong sampah and kalau tong tu ada kategori, buang ikut kategori sampah.
Kalau kat dalam kereta, simpan dulu sampah or prepare plastic untuk korang buang sampah dalam kereta siap-siap. Jangan dibuang ke luar, kena kereta orang, Tak pasal-pasal dimaki and ingat, kalau sampah yang kau buang tu tak dikutip, berjanggut nak dilupuskan tau!
Part ni aku rasa kita semua aware. Rakyat kita ni ada satu persepsi di mana kalau nampak sampah takmoh tolong kutipkan.
- ROKOK
Hermm yang ni agak sensitif tapi aku tak kira, isu kesihatan jangan dibuat main-main. Okay look bagi perokok-perokok diluar sana, nak merokok ke tak, itu hak anda. No one can stop you from merokok kalau you taknak.
TAPIII tolonglah ada common sense. Part yang kita tak merdeka lagi adalah dimana perokok hisap rokok di tempat awam yang ada ramai kanak-kanak, wanita mengandung and kepada orang yang ada alah dekat rokok ( sesak nafas). Bahasa kasar dia , kalau nak sakit, jangan dibawa yang lain sakit bersama.
Tapi ada je cara nak elakkan benda ni, kalau nak merokok carilah kawasan yang tak ada golongan-golongan kanak-kanak, orang mengandung, orang yang alah kat rokok. Anda berisiko untuk membunuh mereka tau. Kalau ada papan tanda tulis dilarang merokok, patuhi lah. Kita mampu merdeka kalau kes ini. Perlukan common sense semua orang untuk tangani isu ini.
Hermm yang ni agak sensitif tapi aku tak kira, isu kesihatan jangan dibuat main-main. Okay look bagi perokok-perokok diluar sana, nak merokok ke tak, itu hak anda. No one can stop you from merokok kalau you taknak.
- TANDAS
Okayyy, part ni sangat bermasalah ya gais. Benda ni takyah cakap lah dekat tandas awam ke, tandas mall ke kita pergi kat tandas sekolah sahaja. Aku yakin dekat rumah kita semua takkan buat perangai cenggini. So kita ambil dari asas, iaitu tandas sekolah. Kenapa tandas sekolah? dari umur sekolah sampai ke tua, situasi tandas sama sahaja kat mana-mana.
Tak tahulah kenapa tapi masalahnya lebih kurang sahaja.
Kalau tandas perempuan time sekolah, benda common jadi ialah tandas tersumbat dengan pad atau tuala wanita. Sangat biasa terjadi dekat rata-rata tandas sekolah, tandas awam.
Bila tersumbat, tak boleh flush, bila tak boleh flush, najis kecil akan jadikan tempat tu hancing, najis besar akan berlonggok. ( I know its disgusting tapi itulah realitinya).
Bagi tandas lelaki, isu tersumbat tu sangat lali sebab mangkuk tandas tu disumbatnya putung rokok, kotak rokok,botol mineral dan macam-macam lah.
Tak lekang jugak masalah vandalisme. Dinding dengan pintu tandas diconteng, pintu dipecahkan, tak boleh nak kunci. Bila tak boleh nak kunci, orang lain tak boleh nak melunaskan hajat dengan aman.
Dekat tandas awam pon sama, tisu bersepah, ada kerosakan dan contengan.
Jadi, bagi golongan yang pergi ke sekolah, ke Universiti sampai ke tahap PhD, yang dah bekerja, kebersihan dan keselesaan tandas ni dah patut jadi rutin harian. Kata nak lahirkan golongan bijak pandai. Orang yang bijak pandai reti jaga harta benda awam untuk keselesaan sendiri dan orang ramai. Tak merdeka kita kalau benda asas masih ke laut.
Okayyy, part ni sangat bermasalah ya gais. Benda ni takyah cakap lah dekat tandas awam ke, tandas mall ke kita pergi kat tandas sekolah sahaja. Aku yakin dekat rumah kita semua takkan buat perangai cenggini. So kita ambil dari asas, iaitu tandas sekolah. Kenapa tandas sekolah? dari umur sekolah sampai ke tua, situasi tandas sama sahaja kat mana-mana.
- MENTALITI
Rakyat malaysia ni masih belum bebas dan merdeka daripada mentaliti kelas bawah atau kelas pertengahan ke mentaliti kelas pertama.
Paling obvious, rakyat kita kurang membaca. Dan bila aku kata membaca, bahan ilmiah ya bukan cintan cintun yang meruntuhkan akhlak dan sosial rakyat.
Kita ni ada satu perangai yang bila timbulnya satu isu, kita baca tajuk sahaja, content text tak dibaca, dihadam. Melulu jadi keyboard warrior condemn someone atau isu tu tanpa ilmu. Jadi membaca sangat penting untuk lahirkan rakyat mentaliti kelas pertama.
Berkenaan mentaliti, kita ni hidup dalam zaman cintan cintun, zaman emosi atau zaman romantisme.
“emotion is more important than reason”
Ya itulah maksud romantisme, dimana emosi, nafsu diutamakan. Muzik berleluasa tanpa had. Fakta dan hujah diketepikan. Fenomena ini harus dikurangkan atau dihapuskan sebab boleh meruntuhkan akhlak rakyat yang terbuai-buai dengan fantasi cinta, Yang mementingkan emosi daripada ilmu.
Zaman ilmu Islam, sains,sejarah, teknologi, falsafah harus dibangkitkan. Zaman ilmu harus dibangkitkan seperti zaman Abbasiah atau Zaman negara-negara lain yang kaya dengan ilmu.
Bila ilmu berkembang, mentaliti rakyat berkembang ke kelas pertama, isu-isu ringan takkan dibesar-besarkan dan masalah diselesaikan secara berhemah.
Aku rasa itu sahaja entry kali ini. Kalau terasa terkasar mohon diampunkan ya.
Selamat hari Merdeka Malaysiaku!
Moga kita maju kehadapan seiring dengan pemodenan zaman dari segi IQ dan EQ.
Maju dari segi fizikal dan Mentaliti.
#BangkitBersama
Rakyat malaysia ni masih belum bebas dan merdeka daripada mentaliti kelas bawah atau kelas pertengahan ke mentaliti kelas pertama.
Comments
Post a Comment