SI MALAPETAKA

SI MALAPETAKA


KELAHIRAN KAU TAK DIRAI
SI KECIL DILIHAT SEOLAH MEMBAWA KEDUKAAN
PADA YANG MELIHAT
SESAAT MAHUPUN BERTAHUN LAMANYA

SAAT SI NUJUM DATANG MENGHAMPIRI 
KATANYA KAU SI PERMATA CAHAYA
NAMUN LEBIH PADA MEMBAWA LARA
DAN MALAPETAKA KEPADA DUNIA

MAKIN HARI KAU MAKIN MEMBESAR
NAMUN CACIAN DITERIMA TANPA HENTI
SAMA ADA RAKAN APATAH LAGI SI MUSUH
LAGI LARA SI DARAH DAGING AKUR

MAKA HATI KECIL KAU MULA IAKAN
KATA SI NUJUM TUA 
TANPA SEDAR OTAK KAU MEMBAYANG 
KORBANKAN DIRI DALAM PENUH KESAKITAN
MAMPU CEKALKAN HATI YANG USANG DENGAN TOREHAN

MAKIN DEWASA HATI KAU MULA MATI
ATAU SUDAH SEBATI DENGAN KESENGSARAAN
TIAP TAHUN AZAM BARU KAU NUKIL
NAMUN APAKAH  DAYA
DARI AZALI SEBELUM LAHIR
KAU SI PEMBAWA MALANG

PADA SATU SAAT DATANG SI PUTERA
MEMORI SEOLAH SEPERTI DI KAYANGAN
NAMUN MASIH WARAS AKAL KAU
SIAPA MAHU PADA SI PEMBAWA SIAL

SAAT KAU TINGKAT DEWASA
TERINGAT BIBIR PERNAH BERBICARA
MAHU MENJADI PERIANG DAN PENUH KEMANUSIAAN
KERANA DARI DULU KAU TAHU
DEWASA SANGAT MATI TANPA CAHAYA SINAR

BILA KAU TIBA DEWASA
SAAT KAU MEMBACA NUKILAN INI
AKU HARAP KAU TAK BERASA BERDOSA
PABILA HATI KAU SUDAH MATI
KERANA KAU SI MALAPETAKA TAK AKAN JUMPA SINAR DI DUNIA

KAU MAHU DUNIA
NAMUN DUNIA MAHU KAU KE LIANG LAHAD
SEPERTI RUMAH KATA PERGI
KUBUR KATA MARI



creds to tumblr 

Comments

Popular posts from this blog

KEK BATIK CHEWY

ENGLISH CAMBRIDGE

Diploma in microbiology.