HEART OF KUALA LUMPUR

Assalamualaikum so another post today and it is all about interesting place in KL!

So sepanjang cuti sem ni, of course I want it to be productive and since its my last teen year, come on, I want to rock it well and explore like teenagers!

So the first place that KL have is.....

ISTANA NEGARA.


For those yang tak tahu, istana negara yang pertama ni dah pun jadi muzium selepas pertabalan sultan kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. So dari dulu aku teringin nak pergi lepas dah bukak dekat public, ingatkan still free rupanya kena bayaq uolls. Well mana ada benda kekal free selamanya kan hahaha. 


So kat bawah ni adalah list harga masuk. Untuk aku affordable sebab dalam dia selesa gila and tak panas haha and aircond dia still function plus persekitaran yang bersih dan cantik hehe.

sila zoom

Malangnya aku tak boleh ambil gambar dekat dalam tu yelah hak terpelihara negara so ada protocol yang harus dipatuhi. 


But,

Its okay! aku cerita mana yang menarik perhatian aku hihi. So kita masuk sejarah sikit lah ya.

Istana negara pertama ni dah mula dibina pada 1928. Masa aku masuk dalam Istana ni dia 2 tingkat je tapi ada macam tangga yang naik ke rooftop camtu tapi yang tu kita tak boleh masuk lah. So pandangan aku mostly Istana ni memang warna keemasan lah melambangkan fungsi institusi raja - raja melayu dan bercampur baur konsep dalam istana ni.

Sebagai budak yang sifar dalam interior design ni apa aku nampak banyaknya konsep british dan italy terutama dalam bilik-bilik atau kamar diraja. Tak tahu lah betul ke tak cara aku nilai hiasan dalam kamar-kamar diraja ni. So kalau korang nak tahu and go deep pasal pembinaan ni pergilah Istana Negara! 

Aku tak tipu, memang worth it! 

student RM3 hihi

At first kau explore kau akan rasa wahhhh banyaknya duit kerajaan kita sebab percayalah bilik Agong ngan Permaisuri lagi besar daripada ruang tamu rumah dua tingkat you alls and the best part is agong ngan permaisuri ada seperate tandas yang mana dua-dua tandas ada bathup sendiri.

WOW!

Dalam istana ni tempat dimana pembesar negara berbincang hal-hal sulit atau penting demi negara jadi akan ada banyak bilik menunggu menteri, bilik berbincang Agong dan menteri-menteri.

Oh ya yang menariknya, Kerabat diraja ni ada Doktor diraja dan jururawat diraja yang hanya merawat pihak diraja. Dalam istana ni dinyatakan bahawa Agong akan mendapat rawatan pada setiap hari rabu dan masa aku tengok bilik rawat ni memang ada machine lengkap untuk merawat. 

So for those yang nak ambil medic bolehlah target jadi royal dctor hehe.

Bagi aku dalam istana ni yang paling awesome:

1. Bilik utama Agong dan Permaisuri
2. bilik bacaan Diraja
3. Bilik laundry (lawa gila!)

Aku tak tahulah korang boleh bayang ke tak tapi for me better korang walk in and rasa sendiri nilai sendiri dengan mata seni anda hahaha.

Istana negara will open your eyes about KL.

NEXT DESTINATION...

RIVER OF LIFE.



Kalau korang pergi tengah hari korang mungkin tak rasa feel dia, so korang patut datang waktu malam!

Ya aku tahu, KL ada sungai? serious la? 

Yeap and waktu malam akan ada cam kabus dari sungai tu and papan tanda seperti kat luar negara gitu.


Paling syok kau boleh dengar orang main seruling. Memang awesome la!

Korang boleh jalan sepanjang sungai tu or boleh lepak dekat dataran merdeka.


Yang menarik pasal sungai ni yang aku sempat capture, dulu kat sini lah tempat melombong, tempat basuh baju, mandi dan paling terkejut tempat orang bunuh diri! macam dalam drama korea yang selalu tunjuk orang bunuh diri kat Han River pulak haha.

And dulu kat situ banyak jugak buaya berkeliaran. Sekarang ada jugak, buaya darat lah.




Okay, okay jangan triggered okay sapa yang terasa haha.

Lepas penat berjalan area kl or nak cuci mata, Pasar Seni atau Central Market (CM) sangat famous okay, untuk tengok hasil seni atau beli barang yang pelbagai and of course untuk korang yang suka ambil gambar ala-ala photographer gitu.

my bestie aisyah hihi



CM ni kalau korang nak beli barang, korang kena tawaf dulu 2 tingkat tu and compare harga dia kalau korang nak harga murah lah.  Bila dah jumpa yang berkenan kena pandai tawar menawar pulak hah so CM ni syok la kalau kau minat benda2 yang berseni atau rare gitu.




Next, AQUARIA KLCC.



So this place, last time aku pergi 2006 rasanya and dah 12 tahun berlalu so banyak benda berubah.
Harga nak masuk sini lemme tell you, kalau walk in beli dewasa RM50 weh pergh haha.


Nasib baik Aunty Reena tolong belikan online so Dewasa RM38. Agak pricey tapi memang menyeronokkan laa korang dapat explore hidupan akuatik, ada show bagi makan ikan and cyle life haiwan-haiwan ni.

medusa hair

As for me it is worth it spent hours dalam tu baca pasal haiwan-haiwan akuatik ni. Kalau korang dah lama tak masuk and tak pernah masuk, give it a try!



So setakat ni sahaja entry aku, for those yang minded dia asyik fikir KL penuh dengan hiburan semata-mata, penuh dengan orang yang sangat social well i hope at least you know a little bit about KL that it is actually full with history place. Kalau korang datang KL korang patut pergi Muzium Bank Negara, Muzium Negara, Istana Budaya and banyak lagi.

Thank you for reading.


-gracias-


































Comments

Popular posts from this blog

KEK BATIK CHEWY

ENGLISH CAMBRIDGE

Diploma in microbiology.