RAMADHAN BERMAKNA
classmates yang lawa2 and handsome2 |
Macam biasalah kalau kau student UiTM kau mesti berpuasa kat Universiti punya, jarang lah dapat berpuasa dengan keluarga. Nak-nak lagi puasa kali ni dekat dengan hujung sem maka bergunung assignments, lab report yang nak kena submit and tests yang berduyun setiap hari yaa hahah.
Jadi masa puasa ni agak tough lah tapi at the same time seronok jugak lah. Masa sem 1 dulu sahur mesti nak nasi. Gigih lah pukul 3 ke 4 pagi pi beli nasi kat anjung tapi tidak semester ini, aku sahur kurma, biskut,nestum and roti je. Tak kuasa pepagi nak beratur beli nasi hahahha. Sahur berbuka special sebab bersama housemates tersayang ecewah hahaha bagi chance nak sweet-sweet lah ya sebab ni ramadhan terakhir dengan diaorang ni. Tahun depan semua dah haluan degree atau kerjaya masing-masing.
geng awal2 classmates ajak berbuka heee :) |
Dulu berbuka dengan housemates je tapi ramadhan kali ni ada rezeki berbuka dengan classmates dua tiga kali jugak lah. Bagi aku seronok sebab tak pernah merasa pon berbuka dengan dorang. Sekali dah berbuka meriah! Lagi meriah ada bubble tea weh!
before semua balik raya meriah berbuka reramai! |
Hah orang lain merasa bubble tea kat KL ni dari tealive lah The alley lah Tiger sugar lah hah apa lagi Gong cha, Cool blog kannn tapi tidak pada aku. Jatuh cinta dengan bubble tea atau boba dari pakcik teh ais Kuala pilah pada pasar malam dalam UiTM kuala pilah ini hah! Teh ais dia memang dah terangkat campur bubble tea nikmat padu beb! Ada jugak classmates aku gila teh ais bubble ni macam amiza, aku, sofi, fareez hah nak-nak lagi puasa ni pakcik ni jual hari-hari lagilah weh hari2 aku berbuka air ni hahahaha.
hari-hari bubble tea puasa ni! |
Bab ibadah pulak, maklumlah bila kau banyak tests semua, banyak sangat benda tak study lagi tapi nak tarawikh hah sudah confius nak buat mana satu ni. Ada haritu aku nampak orang post yang antara belajar dengan tarawikh, korbankanlah masa belajar sebab tarawikh tu sekali je setahun. Bagi aku betul tapi belajar tu pon ibadah jugak. Kalau sempat you may join imam untuk bertarawikh lepas tu study tapi kalau kau rasa tak sempat nak berjemaah tarawikh kau boleh buat sendiri on your own time. Apa-apa pon niat kerana Allah hehe :)
Selain daripada berbuka dengan housemates and classmates yang mungkin kali terakhir sebab lepas ni dah tak beramadhan bersama, aku bersyukur sebab dapat berbuka dengan keluarga dan sahabat handai tersayang. Bila makin besar, you tend to take every bits seriously and i appreciate every single memories with everyone. Alhamdulillah for this ramadhan and i hope everyone have a great time during ramadhan and raya. Aku mintak maaf dari hujung tudung sampai hujung kasut atas dosa aku, salah silap aku dekat semua yaaaa. Salam kosong-kosong guys!
bff sekolah memengah until now and still counting! |
jejak kasih kat bazaar ramadhan pulak hahah! |
fams time! |
Love, Amni.
Comments
Post a Comment