JADILAH NETIZEN YANG BERHEMAH- POST YANG MATANG DAN BERHEMAH

Assalamualaikum. Ya dalam busy aku tengah final ni, menyempat lagi aku nak update blog aku ni. Sekarang ni isu saman- menyaman akibat kutukan dan makian sangat hangat dipasaran. Viral dari Instagram ke facebook dan paling meletops dekat twitter. Haruslah!

Dulu kan zaman aku hingusan lagi main twitter masa tu start form 1 kot baru aku main twitter, semua tweet2 individu macam diari tau. Kau boleh tweet apa sahaja, apa kau rasa tapi macam berkenaan diri engkau lah. Takde or jaranglah kutuk mengutuk orang lain ni. Kadang-kadang nak pergi tandas pon update kat twitter tau. "Brb, nak pergi tandas kejap."

Tapi sekarang, I tell you baik twitter, facebook ataupun Instagram semua sangat toxic. Semua nak kejar likes popularity. Semua benda dari sebesar-besar hal sehingga sekecil-kecil hatta semengarut-ngarut hal pon semua orang nak bagi pendapat ya termasuklah aku HAHAHAHA.

Tapi sabar! tak habis cakap lagi ni. Tak salah nak bagi pendapat tapi bagi aku lebih baik tegur atau beri pendapat dengan cara yang berhemah dan penuh adab dan santun. Apa yang kita utarakan, pendapat kita dan cara kita sampaikan tunjuk serba sedikit kita ni sebenarnya macam mana.

Kalau kau rasa dengan apa yang kau Nampak tu engkau menyampah, benci macam aishhh semua tak puas hati, dipersilakan lah block atau unfollow orang tu. Selagi tak ada orang kacau kau janganlah memandai nak cari penyakit. Pesanan ni bukan untuk korang yang tengah baca ni sahaja ya untuk reminder diri aku jugak. Kalau bab-bab kau rasa nak tegur, sama ada personal direct dengan individu tersebut atau kalau terbuka biarlah berhemah dan beradab.

Kita semua pergi sekolah, kita semua diberi didikan yang sempurna dan terbaik oleh ibu bapa dan guru-guru hatta dalam mana-mana agama sekali pun. Jadi jangan biarkan kecanggihan teknologi membutakan hati semata-mata mengejar famous atau likes ya :)

P/S: How I miss zaman twitter dan Instagram dulu yang mana Twitter diajdikan diari kita untuk tweet apa sahaja kita nak cakap dan Instagram pulak dulu kita fikir post sebab sebagai kenangan tapi sekarang jadi ukur taraf siapa famous, post gambar untuk likes dan buat kita kadang-kadang tak bersyukur dengan apa kita ada disebabkan oleh post orang lain.

-love,amni-

Comments

Popular posts from this blog

KEK BATIK CHEWY

ENGLISH CAMBRIDGE

Diploma in microbiology.