PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID 19
Asalamualaikum everyone,
FUHH it's been a crazy year, crazy 2020!
By the time i post this new post, its been few months dunia digemparkan dengan serangan COVID 19.
I hope every person in this earth take this matter seriously and atleast know the basic of this popular disease in 2020.
Lemme brief a bit about this disease as a basic knowledge for all of us.
For those yang terpinga-pinga what is happening, what is corona virus, why it is named as COVID 19 (by this time everyone already know what it is) let's refresh shall we?
Coronavirus is a type of virus where in greek it means crown. Corona = crown. Structure dia memang macam ada crown that known as spike.
(Image of coronavirus under electron microscope)
So kalau tak silap, coronavirus ni ibarat ibu lah dimana anak-anak dia adalah MERS (Middle East respiratory syndrome), SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) dan COVID19 (coronavirus disease).
Okay pening bukan ? saya sebagai pelajar lepasan diploma microbiology pon pening. Apa perbezaan tiga ini ya ? Macam mana kita boleh dijangkiti ya? Kenapa kerajaan suruh kita duduk rumah? Kenapa kita kena basuh tangan banyak kali?
Mari kita rungkai setiap persoalan yang ada di dalam minda kita ini.
1. Apa perbezaan MERS, SARS dan COVID 19?
Nah rujukan untuk semua : https://www.medicalnewstoday.com/articles/how-do-sars-and-mers-compare-with-covid-19
perbezaan dari segi incubation time, kadar kematian dan sebagainya ada di bawah.
2. Apa itu incubation time ?
Incubation time itu mudah cerita , masa yang diperlukan untuk virus multiply di dalam badan host. Dalam tempoh ini, seseorang boleh positive atau negative bergantung kepada incubation time sesuatu virus tersebut. Sewaktu incubation time ini, simptom sesuatu penyakit akan ditunjuk oleh pesakit seperti sesak nafas, batuk dan lain-lain.
3. Apa beza virus dengan bacteria?
Ini menarik. Dua-dua makhluk halus, dua-dua membawa penyakit tapi apakah perbezaan mereka?
Bacteria ni dia single cell or known as unicellular dimana dia ada bacteria yang baik dan jahat. Bacteria baik ni ada je dekat dalam badan kita sebagai contoh dekat dalam perut kita untuk sistem penghadaman. Bacteria baik ni dikenali sebagai probiotic. Bacteria yang menyebabkan penyakit dikenali sebagai pathogenic bacteria.
Bacteria ni structure dia, dia ada DNA, RNA dan plasmid.
Untuk virus pulak, size dia lebih kecil daripada bacteria. Kalau bacteria, microscope biasa kita dah boleh nampak, tapi untuk virus kita kena guna electron microscope baru kita boleh nampak. Virus ni dia perlukan host baru dia boleh membiak dimana bila dia jumpa host, dia takeover badan host dan multiply. Virus ni masih lagi dipertikaikan sama ada dia living things atau non living things. Dia mempunyai sama ada DNA ATAU RNA SAHAJA. Dia ada salah satu, tak boleh ada dua-dua. sebabtu dia tak boleh multiply sendiri tanpa host.
3. Back to covid 19, how does it spread?
Macam mana seseorang boleh dapat covid 19 ini? kita boleh dapat melalui air droplet (titisan) daripada mulut atau hidung seseorang. Jadi sebab itu kita kena ada social distancing jikalau ada orang batuk, ia kemungkinan mempunyai virus yang menyebabkan covid 19.
Kalau ada objek yang terkena titisan air daripada batuk atau bersin seseorang yang kemungkinan positive covid 19, orang lain yang menyentuh objek tersebut boleh terkena covid 19 ini apabila memegang bahagian muka.
Sebab itu kita tidak boleh berada di tempat yang ramai orang. Bayangkan seorang pesakit yang positive covid 19 dan bersin di tempat yang ramai orang, bayangkan berapa orang yang kemungkinan terkena bersin tersebut atau mendapat air droplet daripada pesakit dan merebak kepada orang lain.
Sebab itu disarankan pkp agar kita dapat putuskan rangakain penyakit ini dan nak kurangkan kadar positive covid 19 dan kurangkan kematian.
4. kenapa kita kena kerap basuh tangan ?
Objek yang kita pegang atau bila kita bersalaman dengan seseorang, kita tak tahu dan tak nampak virus atau bacteria apa yang tersebar jadi, lebih baik kita basuh tangan selama 20 saat menggunakan sabun untuk bersihkan tangan dan elakkan sebarang jangkitan kuman atau virus termasuklah covid 19.
Harap post ini bantu serba sedikit. Sekurang-kurangnya yang kita boleh buat waktu ini adalah duduk dirumah diam-diam. Ingat hero-hero frontliners kita yang bertungkus lumus berjuang untuk menyelamatkan nyawa masyarakat.
Adios.
x
Comments
Post a Comment