THE LAST AWARDS FOR ME AND BOOSTER FOR JUNIORS!
hari anugerah hihi anugerah untuk spm16 |
Assalamualaikum and Olla.
Okay ni bukan iklan air BOOST yang enak lagi lazat lagi menyejukkan tekak.
But ni air untuk some of you guys boost your spirit in study and perhaps study tips? And my last memories kat school kot...
This entry hanya untuk kongsi pengalaman yang tua sejagung dari budak-budak sekolah. Harap bermanfaatlah ye. Might not the best student but at least dapatlah tips-tips dorang jugak sebenarnya.
ahhh the love and bonding of friendship. Im proud of them! could not achieve all these awards without them |
9/4/2017
Aku and adik aku datang ke anugerah kecemerlangan with our parents. So basically, aku dapat anugerah untuk SPM, koko and HEM. Alhamdulillah lah ada jugak merasa dapat anugerah sebelum tinggalkan sekolah selama-lamanya. Kebetulan ada duit poket lah dari anugerah tu.
penyokong kuat hihi |
anugerah koko |
Herm, actually sebelum SPM cikgu ada cakap kalau lepas kriteria, sape yang dapat lebih dari certain A's yang sekolah target dapatlah duit tu. Dulu time aku sekolah, cikgu cakap camtu, berkobar-kobar semangat babe nak dapat anugerah tu. AIPP bukan sebab utama duit tu, of course sebab utama aku sebab parents, sijil lepas tu baru wangnya sih ( tak tipu hokey).
the last one before jadi orang luar |
So sedikit Booster untuk pelajaran-pelajaran korang?
1. Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris
- I know, ramai akan cakap "BACALAH" tapi untuk BM kalau malas nak baca newspaper ke apa ke, just baca pasal isu-isu terhangat. Kenapa isu semasa? Sebab exam suka keluar pasal benda-benda camtu. Kalau BI at least boleh bercerita, BM fuh rezeki lah dapat buat cerita.
-Baca contoh-contoh karangan terbaik supaya korang dapat idea untuk menulis.
- BI bagi sape yang lemah memang WAJIB membaca. Takdak kompromi. Boleh je baca short story or pasal artikel yang pendek-pendek.
- Practise bercakap and membaca kuat-kuat depan cermin.
- Tulis diary dalam bahasa yang korang lemah, secara tak langsung boleh improve bahasa korang.
the killer one ritee? |
2. Math & Addmath
- 5 bulan awal, buat topical hari-hari. Setiap hari buat semua soalan dari topik 1 sampai topik dah belajar. Satu topik 3 soalan. It helps A LOT! okay kenapa? sebab nanti basic korang kuat so bila soalan exam korang tahu how to handle it.
- Buat latihan set soalan sebanyak yang boleh. Tapi macam my teacher cakap satu set satu hari, kalau tak mampu dua hari satu set. Letak target kat setiap set macam let say paper 1 you kena achieve 30 and paper 2 50 marks hah gitu. Make sure buku soalan set tu ada jalan kerja.
- Search KBAT questions and do it! mintak tolong cikgu2 or seniors kalau tak tahu. Soalan KBAT nowadays aint kidding you. Susah makcik oiii.
plus science tauuu all can laa, no racist racist okeyy |
3. Sains/ Fizik/biologi/kimia
Another different level kot subjek2 ni fuh.
-WAJIB membaca banyak, takde kompromi. Some says memorize it some says understand it. I prefer memahami sebab soalan KBAT ni uji kefahaman kita. No point hafal tapi tak faham.
- Lepas dah baca buat notes for each topik. Baca lah seminggu 1 topik and then tulis notes terus. SANGAT MENOLONG tau. Guna ayat korang faham and kalau boleh elakkan amik semua daripada buku. Buat points je jangan buat karangan hahah
-Buat latihan topikal everyday, sama cam math/ addmath. Set soalan pon kena buat banyak gila2 untuk mantapkan pemahaman korang and camne nak jawab soalan tu.
- Fizik and kimia memang kena banyak buat latihan gila-gila and please ingat formula and warna-warna garam semua tu.
boboiboy so cutee so does islam hihi |
4. Agama Islam/ Tasawwur
- As usual membaca dan fahami. Buat notes or kalau malas buat latihan banyak-banyak dari awal tahun sampai nak exam last. Soalan KBAT selalunya melibatkan sekeliling kita jadi kaitkan dengan apa kita dah belajar.
- Jangan belajar last minute! Ramai yang ingat subjek ni senang sampai study last minute. Tanya cikgu macam mana nak skor subjek ni so that korang tahu teknik-teknik nak dapat A or A*
mimpi ngeri? |
5. Sejarah
Nightmare to everyone haha
- READ A LOT pastu buat nota please please and please buat nota for every chapter (short one je notes2)
- Masterkan paper 1 sebab soalan tiap2 tahun lebih kurang so bila dah selalu buat dah tahu pattern soalan and kacang je jawapan.
- PAPER 2 (struktur) lah pembunuhnya. Ramai senang hilang markah. Sebab tu pentingnya ada nota ringkas sebab boleh ingat point2. Yang ni memang kena buat latihan banyak2 but dengan teknik yang betul.
6. MAKANAN ROHANI.
-Jangan lupa solat 5 waktu hari2, Baca quran setiap hari satu page. Kalau tak mampu baca dua tiga ayat sehari pon dah memadai.
-Try puasa sunat isnin khamis. (Ramadhan nak dekat dah, sape tak ganti lagi silalah ganti hutang anda haha)
*Tips kat atas ni aku ambil daripada orang aku kenal and aku tengok youtube and some from my own experiences.
Harap membantu korang yang dah nak dekat exam pertengahan tahun and jangan rasa tak sempat nak buat notes sebab aku buat notes lambat sampai seminggu before SPM pon still buat notes.
BETTER LATE THAN NEVER! If you can dream it, you can do it!
-love, amni-
Comments
Post a Comment