ENGLISH CAMBRIDGE

Assalamualaikum and yo! welcome back to my new entry, fuhhhhh such a hectic week actually sebab ada 3 programme yang terjadi dalam minggu ni yang aku nak share kat semua orang.

okay! cerita hari ni adalah pasal aku tekad dengan azam di hati cewaaah untuk ambil english cambridge dekat pusat tusyen seri mawar bestari. Sebulan jugak aku fikir betul ke nak ambik lesson ni. Okay the best part selain belajar dalam class english ni adalah HARGA dia. HAH yang ni memang aku tak nafi semua orang memang kisah sangat2 bila part harga ni kaaaaaaan. Time aku tahu class english ni ada kan, aku cam excited gilaaaa sebab harga dia way more cheaper and affordable!

LEMME TELL YOU GUYS

1. THE PRICE

Harga dekat centre dia RM200+ tapi kat tusyen ni RM90 hah wow gitu. Hasil kerjasama antara pihak english cambridge and tusyen ni, dapatlah harga yang bagi aku sangat berpatutan lah, sebab sebelum ni ada jugaklah usaha cari class english yang tak mahal sangat tapi hmmm sampai sekarang tak jumpa.

Bagi aku bagus , sebab dua-dua pihak masih fikir and willingly bagi a good price to help students out there to improve their english and to do better in SPM. OKAY enough about the price, lets go to second part.

2. FIRST CLASS
my classmates for this class yeay!


Okay, kelas dia hari, sabtu pukul 10.30 sampai 12 tengahari. Cikgu yang ajar kitaorang tu nama dia Mr. Chris Lee. He is so cool and funny. Before class start ada jugaklah terfikir camne kalau cikgu ni garang ke or tegas ke, tapi dia totally opposite daripada jangkaan aku.

Time dia masuk kelas tu, dia suruh kitaorang tulis dekat buku pasal diri masing- masing and cita-cita. Cerita pasal diri kena 100 patah perkataan, pasal cita-cita pon 100 patah perkataan so total=200 patah perkataan. Mau terkeluar bijik mata 200 patah perkataan untuk dua benda tu je, last aku tulis 200+ patah perkataan ni time exam SPM haritu pastu sadaqallah dah.

Semua dalam tu cam tercengang gak, tapi bagus, semua berani ambil cabaran tu and tulis 200 patah perkataan . Terkulat- kulat jugak aku dok pikir ayat hahaha.

3. ABOUT MY SELF AND MY AMBITION

So aku pon tulis lah pasal nama aku, cita-cita aku,family aku, dorang kerja apa, my favourite football team anddd pasal my best friends. Pasal si dia je tak selit hehe biarlah di hati ini. ceehhhh hahaha, so time lepas tulis 200 patah perkataan tu aku pon cam fikir nak hantar ke tak sebab nervous gak dia check, dahlah grammar aku berterabur, tapi you know what,
YOU NEED TO DO MISTAKE TO BE BETTER
kenapa? hah sebab bila kita buat salah, ada orang akan tegur and akan betulkan salah kita. Sama jugak macam belajar english ni, no one is perfect so what for masuk kelas kalau awal-awal dah perfect kan? so aku pon pass lah buku aku dekat sir tu and dia pon baca semua orang punya essay, tu actually kira ice breaking lah.

fokus, fokus!


4. SUPRISE!

okay part ni takde sape sangka, sir tu kata sape yang dah siap, angkat tangan and pass the book sahaja. TAPI DIA BUAT SUPRISE WEH HAHA dia suruh kita baca apa kita tulis or apa kita nak cakap pasal diri kita depan semua orang! Semua cam  ada yang telan air liur (aku lah tu) ada yang cam "okay boleh jerr" hah. Sir pon panggil lah sorang-sorang cerita kat depan, and aku respect sir tu and semua orang dalam class tu sebab tak ada orang judge orang lain. Tak ada sape ejek or pandang rendah dekat yang lemah english. SALUTE sebab aku pon nervous and merapu time speaking tu. Alhamdulillah semua pass lah hehe.

haaah semua kena speaking wehh haha


5. ASSIGNMENT

As usual lah, homework wajib ada lah kan dari zaman sekolah lagi hah. Sir tu suruh kitaorang beli kamus and buku pride and prejudice( sape yang tak ada) and baca pride prejudice tu for several chapters. Aku excited time tu sebab aku tengk dah movie tu dekat 7 kali jugaklah kan ( OH MR DARCY i miss you huhu)  and aku ada buku dia tapi baca separuh je, time 3 tahun lepas kot and aku rasa aku dah buang buku tu huuhuhu so yeap gonna buy the new one (nasib lah murah jugak) and read it later.

sorry for the long entry hehe hope you guys enjoy it and boleh imagine apa aku lalui hehe, adios!
-amnisabri-

Comments

Popular posts from this blog

KEK BATIK CHEWY

Diploma in microbiology.