PANAH HATI AWAK

Assalamualaikum and hai back! okay aku tulis entry malam-malam ni sebab aku agak stress jadi this is one of the way aku lepaskan stress hehe tapi sebenarnya aku tak sabar nak share tau hahahaha. So basically, kenapa tajuk entry aku cam ayat pickup lines?  okay hahaha memang aku nak panah hati seseorang haha.

Takdelah, dont take it too serious okay? aku nak kaitkan dengan satu aktiviti yang aku baru je nak join walaupun borang tak hantar lagi hahaha.  Nama programme tu apa? haaaaa.......

ARROWSTOTLE.
ARROWSTOTLE

Yeap tu nama programme ni, haha ni adalah programme memanah. Sebenarnya aku dah lama nak join memanah ni. Dulu time form 1 excited tahu ada sukan memanah kat sekolah tapi hmmmmmmmm jalannya enggak sih sebab perjumpaan asyik cancel. Tapi tu tak patahkan minat aku so aku pon cari lah kelab memanah untuk join kat luar.

TAPI MACAM BIASA harga jadi priority and terjegil anak mata bila harga nak masuk aktiviti memanah ni boleh capai RM 300 sebulan, fuhhhh dahlah tempat dia jauh gila so hmm terbatal lah niat untuk join sukan kegemaran rasulullah ni.

Tapi kan korang, after 5 years impian and minat aku terkubur begitu sahaja, akhirnya dapat direalisasikan bila ada programme memanah by CESTA 16 ni yang harga untuk member Starry Cesta RM 70 sebulan and 1 jam setengah masa untuk satu kelas. My oppinion, harga dia memang sedap lah kat mata and telinga aku sebab i tried so hard 5 years back cari harga yang tak gigit jari bila nak bayar  so RM 70 for member sangat affordable.

I know, some people akan cakap " yelah RM 70 tu senang lah hulur kalau mak bapak sponsor or kalau kau kaya" guys, to tell you the truth, this programme 100% I pay on my own, tak mintak mak bapak or sape-sape. So yeap, i know the struggle camne nak keluarkan duit okay ;)

Kelas dia tiap-tiap hari ahad and waktu pagi. Programme ni diadakan dekat sekolah menengah bukit indah, ampang (SEMINDA) tau and orang yang profesional yang ajar peserta-peserta ni bukan calang-calang pengajar tau. But kata pepatah, tak kenal maka tak cinta kan? so sebenarnya hari tu 5.2.2017 ada kelas free tau untuk sape yang nak join memanah nak feeling-feeling gitu. So i try shoot some arrows and banggg!! i missed only 4 arrows kot and yang lain semua kena papan memanah tu

hehehe happy? gila tak, feeling cam katniss everdeen gitu but to tell you 1 jam setengah tu dah mampu untuk buat tangan korang lenguh and puas memanah! Dia ajar untuk free class ni sikit pasal teknik berdiri.

oh pasal teknik, memanah ni ada 4 teknik yang akan dia ajar dalam kelas kalau join arrowstotle ni

1. TEKNIK BERDIRI
Ni teknik normal lah, basic, kau diri hadap belah kanan tapi mata and busur  pandang depan. Ni asas lah dalam memanah which semua orang kat situ pass and boleh buat. Alhamdulillah hehe.


nampak macam pro kan? dia pon nak pro panah hati awak hehe

2. TEKNIK DUDUK
yang ni bila kau dah mahir and cekap sikit, kau akan belajar memanah secara duduk pulak, boleh lah guna skill ni dalam hutan one day haha. Tu pon kalau merasa try dalam hutan acah-acah nak memanah cam dalam hunger games tu.

3. TEKNIK HORSEBACK
Ni susah nak explain tapi korang boleh search kat google camne, ni memang tahap dah pro ni! kalau ikut skala tali pingggang taekwando mungkin tali merah hitam kot.

4. LAST BUT NOT LEAST, TEKNIK BERJALAN
Fuhhhh yang ni best! belajar memanah sambil berjalan, ni memang pro gila-gila lah, so kalau dah master yang ni bolehlah panah hati crush awak bila awak jalan depan dia kikiki hahaha.

Itulah serba sedikit cerita memanah yang aku baru nak join. So untuk sape-sape yang nak join, terbuka pada budak sekolah rendah and menengah, orang dewasa pon! oppsss tak pernah terlambat pon untuk try memanah ni walaupun dah berumur okay? haritu pon ada budak kecik join ramai tau!  kalau join boleh jadi starry cesta member and ada tshirt khas untuk memanah ni hehehe.

budak comel ni pon berani try, aku pulak terasa panahan dia sebab comel angat!

After all, aku excited sangat sebab aku dapat try memanah, atleast kalau basic aku kuat bolehlah aku amik memanah dalam Universiti nanti kan hoho and dapat lah panah hati awak (you know who you are ) lagi dalam biar tembus hati en cehhh haha.

hehe

So i will update apa jadi the next class okay? wait for it guys! hope you guys enjoy it!

That's all for tonight, adios from your amnisabri everdeen
-amnisabri-

Comments

Popular posts from this blog

#DONE INTERIM

KEK BATIK CHEWY

ENGLISH CAMBRIDGE